Rabu, 30 September 2009

"MyKhalish - Contest Ikut Muka Sape?"

Contest ini adalah anjuran http://mykhalish.blogspot.com/. Sepatutnya letak gambar ayahnya sekali, tapi ayahnya kata "Gambar masa baby dah hilang la, masa umur 8 tahun boleh?"..hmm,..dah terlebih umur la pulak.


Senaraikan persamaan yg ada antara baby dgn mummy/daddy/both

Persamaan antara ibu dan anak :

1) Bulu Kening
Sejak kecil bulu kening aku agak lebat. Anak aku yang seorang ni pun sama. Bentuk bulu
keningnya pun sama. Ada sesetengah orang bertanya, kami ni ada keturunan mamak ke?
Isk,..jauh betul peginya tu. Takde kena mengena pun, kalau tak mesti kami berdua ni dah
macam bintang Bollywood.

2) Mata
Bentuk mata kami sama. Malangnya tak berapa ketara sebab gambar aku tak begitu jelas,
pulak tu tengah tersengih macam tu, nampak macam sepet sikit. Mata kami agak bulat, tapi
tak begitu besar dan warna mata kami sama-sama coklat gelap (dark brown).

3) Telinga
Kami mempunyai jenis telinga yang sama. Tidak capang dan cuping melekat (tak berapa ingat
istilah-istilah ni, masa belajar dulu rasanya inilah istilahnya). Capang bermaksud, telinga yang
ketara, kalau orang berambut panjang, lepaskan rambut, masih ternampak telinganya.

4) Mulut
Bentuk mulut kami sama, mengikut kata ayah aku, mengikut belah keluarganya, bahagian
bibir di atas ternaik sedikit (haha,..macam bukit kot?) Tapi, memang aku pasti bentuk bibir
kami serupa.

5) Rambut
Semasa bayi, rambut kami sama-sama hitam dah lurus. Ayahnya berambut agak kerinting,
jadi memang sah-sah yang ini ikut ibunya. Rambut kami juga tak begitu lebat ketika itu,
sebab tu pendek aje, macam baby tomboy.

Nyatakan sebab kenapa anda suka jenguk ke mykhalish.blogspot.com

1) Gambar-gambar yang diletakkan sekali bersama dengan entry sangat menarik perhatian dan memudahkan aku untuk memahami apa yang cuba disampaikan dalam entry tersebut.
2) Suka tengok si Aqil--cute! (ini bukan untuk bodek ye, tapi serius salah satu reason)
3) Setiap penulisan adalah penulisan yang jujur. Pada kebiasaannya orang cuma mahu menulis tentang perkara2 yang menunjukkan kebaikkan mereka sahaja, tapi blog ini tidak.

Rasanya dah jawab semua soalan tu,..ok, thank you for reading this.

Tiada ulasan: