Selasa, 15 September 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with BOTTLE Contest

Botol susu bukanlah sesuatu yang asing bagi Madihah. Dia telah ‘berkenalan’ dengan botol susu sebaik sahaja dia lahir. Ini adalah disebabkan dia terpaksa diletakkan di ‘ICU’ kerana jangkitan pada peparunya semasa lahir. Aku cuma dapat berulang alik ke hospital sekali sehari masa tu dan susu badan pun tak begitu banyak untuk bekalannya. Maka terpaksalah botol susu digunakan.

Ada tiga jenis botol susu yang selalu digunakan Madihah. Secara jujurnya, botol pertama (170ml) dan keduanya (125ml) diperbuat daripada 'polycarbonate', jenama Pureen. Botol pertama digunakan untuk memberi Madihah susu setiap hari.Pada kebiasaannya Madihah akan minum maksimum 6 oz sahaja (kira-kira 170ml).Botol kedua yang lebih kecil (125ml) digunakan untuk memberinya minum jus (penting untuk pelawasan). Aku tersedar keburukan 'polycarbonate' semasa mendapatkan maklumat mengenai botol susu didalam internet. Botol-botol ini sudah tidak lagi digunakan. Botolnya yang ketiga juga adalah jenama 'Pureen' berwarna 'pink', bezanya botol ini didatangkan dengan jaminan 'BPA-free' dan diperbuat daripada ‘polypropylene’. Bagi botol ini juga Madihah akan minum maksimum 6 oz sahaja walaupun kapasiti sebenarnya kira-kira 8oz. Madihah menggunakan puting jenis ‘latex’ daripada Dr. Baby. Puting ini boleh dikatakan ‘Size 2’ untuk bayi berumur 6 – 12 bulan.


" Mak, boleh bagi Diha privacy tak?" - botol polycarbonate 1


"Isk,..isk..mak ni, berapa hari mak nak ambik gambar Diha dengan botol ni?" - botol polycarbonate 1


Saya suka jus oren!! - botol polyarbonate 2



"Oh, ini ada polycarbonate la mak..." - botol polycarbonate 1


"Baru rasa selamat minum susu guna botol ni mak.." - botol polypropylene


" Yay! Bertukar botol!"- botol polypropylene

Nama bayi : Madihah bt. Muhamad Zamzuri
Tarikh lahir : 1 Disember,
2008


Pada pendapatku, bagi memastikan keselamatan bayi sewaktu memberinya minum melalui botol susu, kita patut memastikan keselamatan alatan yang digunakan dahulu.

1) Botol Susu
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan material yang digunakan untuk botol susu. Salah satu materialnya iaitu, Bisphenol A (BPA) telah dikenalpasti sebagai bahan yang boleh menyebabkan kanser payudara atau prostat sekiranya terdedah kepada manusia. Bahan ini boleh terurai lebih cepat didalam keadaan air panas(susu bayi memang akan tersedia dalam keadaan panas). Ini menjadikan risiko bahan ini untuk bercampur dengan susu bayi adalah lebih tinggi. Buat masa sekarang, botol-botol susu yang mengandungi bahan ini belum diharamkan penggunaanya secara menyeluruh, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan material yang digunakan adalah selamat. Ini boleh dilakukan dengan memastikan material yang digunakan terdapat label ‘BPA-free’ atau perhatikan simbol recycle segitiga dengan nombor di bawah botol.‘Plastic identification code’ bagi polycarbonate (yang mengandungi BPA) adalah dengan nombor 7. Walaubagaimana pun, kajian demi kajian masih dijalankan bagi mengesahkan risiko kanser sekiranya terdedah dengan BPA pada kadar rendah. Adalah lebih selamat sekiranya kita mengambil jalan selamat dengan tidak menggunakan botol daripada bahan ini.


Diantara jenis-jenis botol susu yang terdapat di pasaran adalah

i) Botol kaca
Kebaikkan : Mudah untuk dibersihkan dan selamat untuk direbus bagi sterilasasi.
Keburukan : Lebih berat berbanding botol plastic dan berisiko untuk pecah.

ii) Botol plastik polypropylene (plastic identification code : 5)
Kebaikkan : Lebih ringan dan mudah untuk bayi memegangnya sendiri.
Keburukkan : Ia tidak digalakkan untuk direbus dan cepat menjadi kuning setelah beberapa tempoh (‘shelf-life’ yang tidak lama).

iii) Botol ‘wide-mouth’
Kebaikkan : Botol ini mudah untuk dibersihkan.
Keburukkan : Puting dengan saiz botol ini agak terhad berbanding dengan puting saiz biasa.

Pensterilan botol susu bayi amatlah perlu bagi bayi kerana sistem imun mereka masih rendah. Ini adalah perlu bagi memastikan botol susu tersebut benar-benar bersih dan bebas daripada kuman. Diantara kaedah-kaedah pensterilan :

i) Merebus botol didalam air mendidih (tidak digalakkan bagi botol plastik). Bagi botol plastik, sekiranya mahu menggunakan air panas, adalah lebih baik dilakukan dengan merendam botol didalam air panas.
ii) Menggunakan pil steril (boleh menyebabkan tulisan yang menunjukkan sukatan terhakis)
iii) Menggunakan microwave oven (terhad untuk bahan-bahan yang boleh digunakan didalam microwave oven sahaja)
iv) Menggunakan pensteril stim (contohnya seperti yang dikeluarkan oleh Phillips Avent)

Botol susu perlu dibuang sekiranya :

i) Ia pecah dimana-mana bahagian atau sumbing dibahagian atas. Ini adalah bagi mengelakkan serpihan daripada botol susu tersebut mencemari susu bayi.
ii) Terdapat calar pada botol susu samada di bahagian luar atau dalam. Ini adalah kerana bahagian calar ini boleh menjadi tempat pembiakan bakteria kerana bahagian ini akan sukar untuk dibersihkan dengan berkesan.
iii) Tulisan sukatan pada botol telah pudar dan hilang kerana ini akan menyebabkan susu tidak dapat dibancuh mengikut kadar yang tepat.

2) Puting susu
Terdapat 2 jenis material iaitu latex (getah biasa) dan silikon (puting berwarna putih). Selain itu, ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz/ jenis bukaan mengikut umur bayi.
Saiz 1 - untuk bayi baru lahir
Saiz 2 - untuk bayi 6 bulan ke atas
Bukaan X atau Y - untuk campuran susu dan bijiran yang memerlukan lubang yang lebih besar.

3) Bancuhan susu
i) Bayi yang alah kepada susu lembu, perlu diberikan susu soya atau susu tanpa laktos bagi mengelakkan cirit birit.
ii)Bancuhan susu perlu mengikut sukatan yang ditetapkan atau mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, Madihah akan mengalami sembelit sekiranya susunya 'ISOMIL' iaitu susu soya tidak dicairkan sedikit.
iii) Suhu air yang digunakan hendaklah seperti yang disyorkan kerana suhu yang tidak sesuai boleh menyebabkan bayi sakit perut.
iv ) Buang baki susu yang tidah dihabiskan, adalah lebih baik susu dibancuh untuk sekali minum dan bukan disimpan didalam peti ais.

4) Kaedah memberikan susu kepada bayi dengan selamat

i) Pastikan suhu susu dirasa dahulu dengan cara menitikkan sedikit susu pada tangan sebelum diberikan pada bayi bagi mengelakkan lidah bayi melecur.
ii) Pastikan kedudukan kepala bayi berada lebih tinggi daripada perut. Ini adalah penting untuk mengelakkan bayi daripada muntah.
iii) Sendawakan bayi selepas memberi susu, ini adalah sangat penting kerana bayi boleh tercekik dan mengalami sesak nafas sekiranya tidak disedawakan selepas menyusu.
iv) Jangan sesekali meninggalkan bayi menyusu sendiri tanpa pengawasan orang dewasa kerana ini boleh menyebabkan bayi tercekik dan tidak menerima bantuan yang sepatutnya.
v) Pastikan semasa menyusukan bayi, tiada ruang udara pada puting, ini adalah penting bagi mengelakkan kembung perut pada bayi.
vi) Jangan tekan puting bayi sesudah dia menyusu, ini boleh menyebabkan bayi muntah. Sekiranya perlu mengangkat bayi, elakkan dari menekan puting bayi.
vii) Adalah baik sekiranya bayi dipangku sewaktu diberi susu, kerana ia dapat mengeratkan hubungan di antara ibu dan anak dan membantu psikologi bayi, terutamanya bagi bayi yang tidak menyusu badan.



Rujukan :

1. http://en.wikipedia.org/wiki/Bisphenol_A#Human_exposure_to_bisphenol_A
2. http://healthnews.uc.edu/news/?/6387/
3. http://en.wikipedia.org/wiki/Plastic_recycling

Contest ini dibawakan oleh


MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1448/cutest-baby-photo-contest-september-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/
AliceWonders : http://www.alicewonders.com/

Tiada ulasan: