Rabu, 9 September 2009

'Miss' Majlis Berbuka

Hari ini agak mengecewakan. Aku terpaksa tarik diri dari menyertai majlis berbuka puasa tak berdaftar anjuran kawan2 ofis aku. Dari minggu lepas aku begitu bersemangat nak 'join' (yer, aku sangat bersemangat kalau bab makan di luar ni)..dah ajak suami untuk 'join' jugak. Tapi, takkan nak bawak si kecik ni jugak, kesian dia nanti. Akhirnya suami aku mengalah, dia suruh aku aje yang pegi, dengan syarat bila 'turn' dia nak berbuka puasa dengan kawan2 nanti, aku pulak 'stay' di rumah (oho,..ada agenda tersembunyi ye? bijak..bijak..)

Maka, dengan bangganya pagi2 lagi aku dah membayar duit untuk majlis ni kepada Pengarah Program majlis ni. Malangnya selepas pukul 12, aku mendapat panggilan telefon daripada emak. Aku kena tarbiah,..elok pun, padan muka aku. Hasil dari tarbiah tersebut, aku terpaksa 'cancel' rancangan aku, dan balik aje berbuka di rumah..hmmphh,..kempunan nak makan kat sini..

http://www.paksucorner.com/

Dasyat ni, siap ada website lagi. Lauknya pun sedap2 belaka, tapi tak dapat la attach gambar, sebab aku tak pegi,..huhu..

5 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Memang beginilah jadi ibu muda, terkenang Mak Cik pada zaman muda-muda dulu bila anak masih kecil dan terpaksa berkorbang dalam banyak aspek kerana keluarga.

Tapi buat keadaan sekarang elok juga tidak dibawa baby Diha ke mana-mana sebab faham-faham sahajalah, selsema itulah inilah..jadi elok banyakkan di rumah kalau boleh.

Mak Cik amat berharap kalau boleh juga kamu janganlah berhenti kerja. Kita orang perempuan kena ada kerja sendiri. Simpanlah duit sedikit sedikit dan ambillah skim insuran buat Diha, sebagai menabung. (Mak Cik bukan agen insuran). Tak banyak sedikit pun jadilah.

Pengalaman guru yang paling baik, dan Mak Cik hanya mahu berkongsi dengan kamu. Hope you dont mind.

mohdnorazmi berkata...

betul kata makcik tu..heheheheh...sebok jer yer...

unlisted_one berkata...

Salam...

Makcik :
Takpe makcik, sbb 1st time jadi ibu kot, kdg2 saya ada problem nak adjust diri..(atas erti kata lain, mcm tak sedar diri,..huhu)..elok jugak makcik kongsi pengalaman mcm tu, bagi saya lebih faham (baca: sedar diri sikit)..

Saya bukan nak berhenti kerja terus makcik, cuma hari tu dpt offer kerja lain yg mmg saya dah lama nak, tapi gajinya tu balik pada gaji saya mula2 kerja dulu..(dah 5 tahun makcik)..tapi, tak jadi pegi la sekrg nampaknya,..sbb dah byk commitement lain.

Azmi :
Aik,..ade pengalaman jgk ye..

nurmieliasyaza berkata...

baby dah 9 bulan dah yer..kejap jer kan..

unlisted_one berkata...

iyer,..mmg kejap je rasa. org lain pun dah sebok tanya bila nak tambah lg sorang,..adoi,.