Khamis, 3 September 2009

Cara Hentikan Baby Hisap Puting

Sejak Madihah lahir, aku memang tak pernah bagi Madihah hisap puting. Tak tahu kenapa, mungkin sebab dalam family kami, memang baby tak diberi hisap puting. Tapi, selepas umur dia kira-kira 5 bulan, aku mula perasan dia susah nak ditidurkan. Pelik jugak. Rupa-rupanya, di rumah pengasuh, dia dah biasa menghisap puting. Sebab tu dia tak dapat tidur lena.. Pulak dah,...terpaksa juga aku mencari puting untuk dia.


Aku pernah terbaca, puting boleh menganggu susunan gigi dan pembentukan mulut kanak-kanak sekiranya kanak-kanak tersebut tidak berhenti sebelum umurnya 3 tahun.
Diantara kaedah yang boleh digunakan untuk menghentikan puting ialah :

1) Biarkan anak berhenti menghisap puting sendiri.(will power,..yay!)
2) Berikan contoh adik beradik yang lebih tua yang tidah menghisap puting. Atau sekiranya anak dijaga oleh pengasuh, tunjukkan padanya kanak-kanak lain yang tidak lagi menggunakan puting.( dia akan rasa tercabar nih!)
3) Berikan dia banyak aktiviti lain supaya dia tidak lagi memikirkan tentang puting. Contohnya, berikan dia banyak barang permainan baru..(adoi,..lari budget..)
4) Berikan peraturan kepada anak, dengan menetapkan puting cuma boleh digunakan ketika hendak tidur sahaja.(mummy rules)
5) Berikan ganjaran sekiranya anak berjaya berhenti menghisap puting (hehe,..macam berhenti merokok aje..)
6) Rujuk kepada doktor sekiranya kaedah-kaedah tersebut masih gagal.

Sumber diedit daripada : http://www.ehow.com/how_2045117_stop-pacifier-use.html

4 ulasan:

SYAbAR berkata...

Akak dulu kan dik, masa nak bg anak berhenti puting, akak buat camni. kebetulan kami pi Penang, so time naik ferry tu akak minta anak buang kat laut. So next time dia minta puting, akak cakapla, `kan hari tu .... dah buang kat laut'. Star from that time no more puting2 including botol susu and mula pakai cawan...

Tulah antara kenangan silam akak masa anak masih kecil...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,


Apa khabar?

Memang boleh cuba saranan SYAbAR tu..cepat pun masa berlalu. Madihah dah besar..rasa macam baru sangat kamu melahirkan dia.

unlisted_one berkata...

Kak SYAbAR : Boleh pakai idea tu kak,..saya nak cari laut aje sekrg ni,..hehe

Makcik Melayuangkat : Mmg cpt pun makcik, nanti sedar2 dia dah nak sekolah dah makcik..hehe

MamaAiman berkata...

Salam perkenalan.
saya nk tumpang tanya di entry yg menarik ni, sebabnya baby saye pn hisap puting. tapi nampaknya sekarang dia dah terlalu gian dan pandai capai puting tu sendiri. usia die 8bulan. setengah pendapat cakap biarkan sampai setahun dulu baru hentikan, tapi saya harap sgt die dapat stop b4 gigi tumbuh. macammane ye cara yg sesuai nak hentikan baby bwh setahun berhenti hisap puting?