Khamis, 27 Ogos 2009

" BEAUTIFUL BABY SEARCH CONTEST "Looking for Beautiful Prince and Princess"


Contest ini adalah anjuran daripada Mommy Zara. Rasanya semua ibu akan rasa anak masing-masing comel atau cantik. Sesuatu yang jarang berlaku jika seorang ibu menganggap anaknya tidak comel, maka sudah pasti contest yang dianjurkan ini akan mendapat sambutan yang baik. Penyertaan aku boleh dianggap sangat lewat sebab rasanya sudah ramai yang menghantarkan penyertaan. Mommy Zara pun mengakui dirinya agak sibuk, harap-harap dia sempat terjah penyertaan aku ni.

Ini gambar baby yang aku rasa comel, tapi usaha nak menangkap gambar ini membuatkan gambar ni begitu berharga. Gambar ini diambil pada 2nd August 2009. Berpuluh-puluh kali juga 'snap' kamera untuk gambar ni,..memang susah nak ambil gambar baby ni. Gambar ni diambil semasa Diha berguling-guling di atas katil, melawan mata sebab tak nak tidur. Harap2 ada rezeki gambar ni, sebab susah nak ambil gambar si Diha dalam aksi bersahaja tanpa pandang camera, kita baru nak snap, dia dah tukar aksi lain..adoi,..penat betul.




Ini pula gambar bersama ibu, baru saja diambil pada 26th August 2009. Kebetulan baju sama warna, putih (walaupun baju Diha ada sikit pink), teringat takde gambar terkini dengan Diha untuk contest ni. Balik kerja, terus 'snap' gambar ni. Baru terfikir sendiri, lepas ni kena ambil banyak gambar dengan Diha ni.

Nama bayi : Madihah Muhamad Zamzuri
Umur : 8 bulan (DOB : 1st December, 2008)

4 ulasan:

Edward Saminathan berkata...

Ada yang dah menang ke?

unlisted_one berkata...

Adoi,..Ed..tak pernah menang lagi. Poyo aje lebih, join mcm2 contest..huhu

aadzrah berkata...

Boleh menanglah. Dah cukup comel dan meruntun hati ni. Boleh cair kalau baby boy aku tengok! Hik, hik, hik...

unlisted_one berkata...

adoi,..byk la ko Are..