Isnin, 20 Julai 2009

Cicakman

Adik aku asyik merungut bila cicak masuk ke bilik. Dia geli. Katanya rasa terancam bila ada cicak dalam bilik sebab dia takut bila2 masa aje cicak tu akan jatuh atas dia. Aku pernah 2 kali pengalaman ngeri dengan cicak.

1st: masa bukak pintu stor rumah, seekor cicak besar (mmg besar betul!!) jatuh atas kaki aku.

Terkejut + geli = NGERI

2nd: masa aku pregnant 8 bulan lebih, ada cicak dalam bilik air, dinding bilik air ada 'tiles' jadi licin, cicak tu tak dapat nak lekat pada dinding, terus la dia jatuh kat lantai bilik air..adoi,..nasib baik aku tak tergelincir sebab mengelak dia.

Adik aku dah dapat penyelesaian untuk cicaknya. Ini dia...




LIZARD REPELLENT!!!


Dia dengan bangganya menunjukkan aku kaedah terbarunya untuk bunuh cicak. Gembira betul dia..Sambil tu dia 'flash back' pada aku betapa susahnya dia nak cari penyelesaian untuk menghapuskan cicak2 yang nak jadi 'roomate' dia tu. Pernah dia 'search' di internet, antara kaedahnya...


1) Letak kulit telur



Isk,...sure ke kulit telur ni?


2) Letak timun


Isk,..takkan la timun?...

Penyelesaian yang terbaik ialah penyelesaian yang ini...

3) Try to convince the lizard to leave. I'm sure he will understand...adik aku paling tensen dengan penyelesaian yang ini!!haha..

Tapi aku dengan nada serius cakap pada dia,.."aku rasa ko patut try cakap dengan cicak tu..."

Tapi, sekarang semua kaedah2 yang adik aku anggap mengarut tu dah tak penting,..yang penting,..dia dah ada Lizard Repellent!! Sehinggalah,...

"eh, kenapa dia tak boleh bunuh cicak?' kata adik aku ni sambil membaca label pada tin Lizard Repellentnya..
"habis tu, dia buat ape?" tanya aku,..blur..

"dia cuma boleh bagi permukaan dinding licin, supaya cicak tak dapat merayap dekat dinding tu., cicak tu jatuh la nanti..."

haaaa?..cicak jatuh? takpe la, aku rasa lagi selamat kalau cicak tu kat atas sana dan tak kacau aku kat bawah ni,...ape yang aku tau, akhirnya adik aku tak bawak pun Repellent tu ke hostel..





4 ulasan:

Imelda berkata...

hello im visiting from the we are the wordld tag. hapi tuesday.

Edward Saminathan berkata...

Penyapu lidi best..

unlisted_one berkata...

Ed,..mesti byk dah cicak jadi mangsa penyapu nih...

mas2ra berkata...

woi!
pehal ko letak kisah aku kat sini???
huarrgh!!