Ahad, 28 Jun 2009

Michael Jackson 1958 - 2009

Aku terbaca 'paper' hari ini yang mengatakan, generasi sekarang akan sentiasa mengingati apa yang mereka sedang lakukan pada 26 June, 2009 semasa mendapat berita pemergian Michael Jackson. Serupa dengan generasi 70-an semasa mendapat berita pemergian Elvis Presly.

Pada aku, pagi 26hb June berlaku dengan 'blur' seperti biasa. Aku dalam perjalanan menghantar anak ke rumah pengasuh sebelum pergi kerja. Radio aku masa tu pasang channel fly fm, tiba DJ Nadia tu kata nak 'go down with memory lane with MJ's life'..lebih kurang macam tu la. Pada aku mungkin satu segmen khas kot, sebab MJ kan nak buat konsert di London tak lama lagi. Lepas tu aku terus tukar channel lain (tabiat aku, menukar2 channel)..aik, lagu MJ lagi. Tukar 2 channel lain selepas tu, lagu MJ lagi, aku dah rasa ada something ni.Memang betul pun, DJ tu terus meng'confirm' kan kematian mengejut MJ..dan aku pun terus dilanda 'memory lane' aku sendiri.

Masa aku berumur tak sampai setahun, mak dgn ayah dah bawak aku ke USA sebab diaorg nak further study. Aku disana sampai aku 3 tahun. Entah macam mana, aku suka sgt lagu Michael Jackson..mungkin sebab dia tgh nak popular masa tu. Balik Malaysia pun mcm tu,masih minat lagi. Maklum la, budak2, artis pertama yang dia minat tu dia rasa the best. Lagu pertama yang aku suka 'Beat It'..padahal aku langsung tak faham maksudnya.

Lepas tu, aku tetap jadi peminat lagu2nya, tapi bukan lah sampai tahap 'Die-hard fans'. Lagu terakhir dia yang aku minat rasanya ' You rock my world' kot.

Bila dapat tau dia dah takde, inilah antara perkara2 yang ter'flash back' pada aku. Aku sentiasa suka lagu2nya, dan enjoy persembahannya. Yang mungkin jugak menjadi faktor aku minat dgn sebuah kumpulan tempatan (KOOL) pada akhir 90-an...adoi,..malu aku nak mengimbas tahap keminatan aku tu. Tapi, kumpulan KOOL ni macam banyak dapat inspirasi dari Michael Jackson..setahu aku la, kalau aku salah,..tak tahu la.

Apa yang aku kurang pasti, laporan yang kata MJ dah masuk Islam dengan nama 'Mikaeel'. Aku harap benda tu dapat di'confirm'kan supaya dia dapat dikebumikan dengan cara sewajarnya dan kita dapat sedekahkan Al-Fatihah dengan sewajarnya jugak. Apa yang aku perasan di channel 8tv ada ucapan dari peminat2 MJ, ucapan bercampur baur, ada yang mengatakan dia sebagai Islam, ada yang menganggap dia masih dalam agama asalnya. Tapi, aku memang depressed dengan ucapan2 tu, aku daripada sedih suam2kuku pun, jadi sedih mcm nak menangis ( tapi aku tak nangis,..malu seh) Bila dengar lagu dia di radio pun, ala,..sayu aje rasa rasa..'feel like part of my chilhood memory was gone....'

Aku rasa kesian pulak bila baca laporan2 akhbar tentang dia, yang paling sedih bila dia dikatakan sangat teruja membuat persiapan untuk konsertnya yang membawa kepada pengambilan pelbagai ubat-ubatan yang mungkin jadi punca kematiannya. Sedih lagi, bila laporann mengatakan dia berharap konsert2 dia ni akan melangsaikan hutang2nya. Ada juga pihak yang mendakwa segala tuduhan terhadapnya beberapa tahun sebelum ni adalah semata2 untuk duit. Tapi, tak tahu la aku dia mangsa fitnah atau tidak.

Aku perasan, baru la banyak stesen radio nak keluarkan lagu dia, nak buat macam mana, manusia lebih menghargai sesuatu bila ia telah tiada...isk,..lebih2 pulak aku ni.

6 ulasan:

Edward Saminathan berkata...

Hey Sis,

MJ mengajar kita sama ada black or white; kita semua umat manusia yang sama.. Ingatkan Sis close shop hari itu..

Ed

Emila Yusof berkata...

ok munira! munira kena copy content dari *Start Copy Here* hingga ke *End Copy Here* dari blog kak emila dan letak kat blog post.

For the time being akak letak dulu link munira, k!

azmi yusof berkata...

lama tak singgah sini..sama macam che..ingat close shhop dah..

aadzrah berkata...

Aku setuju dgn entry ko ni. Memang ramai generasi yg lahir sekitar thn 1980-an membesar dgn MJ. Aku membesar dgn lagu2nya. MJ, RIP. Al-fatihah.

unlisted_one berkata...

Ed & Azmi - sentap jgk bila dgr tau,..hehe. Kedai bukak lagi seperti biasa lor.

Kak Emi - dah settle tag tu

Aadzrah - masa aku taip entry ni aku terfikir dah,...alamak,..agak2 Are kata aku poyo tak..hehe

inas berkata...

MJ ke nyanyi lagu GIVE THANKS TO ALLAH..