Selasa, 2 Jun 2009

Balik kampung

Hari Rabu balik kampung husband.
Setahun aku tak balik.
Bagus punya menantu.

Balik dari kampung nanti, aku teringin nak ke SPA.
Aku suka sangat konsep SPA, tapi ironinya, sekali pun aku tak pernah ke SPA..
Eh, pernah la, masa honeymoon kat Bali, tapi tu termasuk pakej hotel, lgpun bukan SPA betul pun, bibik tu urut gitu aje. Lepas berapa minit dah, habis.

Di Bali, SPA umpama kedai runcit, senang sangat nak jumpa. Ape lagi lebih kurang 98% penduduk di situ terlibat dalam perlancongan sebagai sumber rezeki. Tapi, yang paling aku kagum, orang2 di situ sangat menghormati tetamu..dan yang paling aku kagum bila aku order makanan, dan memberitahu dengan jelas aku cuma mahu ikan (sebab takut binatang seperti ayam tidak disembelih)...waitress tu boleh bertanya dengan spontan pada aku " Babi bisa ngakk?"...Oooo,..dia ingat aku tak nak ayam atau lembu, tapi boleh makan babi ke? Bab tu diaorang lemah sikit, tak berapa tahu orang Islam tak makan binatang kesayangan ramai tu...huhu,..sedihnya.

Tiada ulasan: