Ahad, 10 Mei 2009

Selamat Hari Ibu....

Tahun ni aku dah 'book' dinner utk mak & ayah di restoran berputar menara KL *bangga*..memang harganya boleh tahan, semput jgk nak berjimat utk tu. Tapi, last minute terpaksa cancel pulak, mak kata busy sgt, tak dpt nk pegi *sedih*...terus rosak planning baik aku.

Tapi, aku ada planning lain pulak, kebetulan ada 'sale' body shop akhir bulan ni, aku memang bercadang nak beli something utk mak mertua aku, so skrg beli utk mak sekali...Harap2 mak suka..

Tapi, bila difikir2, mak bukan kisah sangat apa yang kita bagi untuk hari ibu, mak akan lebih suka kalau semua anak2 nya boleh berdikari dan hidup dengan baik.

Masa aku sedang menaip ni, anak aku yang 5 bulan ni sibuk nak menaip sekali...isk,..tak nak tido pulak dia mlm ni...

3 ulasan:

melayuangkat berkata...

Ha ha ..comelnya..nak menaip macam mamanya pula..

Seronok jadi ibu..Alhamdulillah!

Salam.

unlisted_one berkata...

Makcik,

Memang pun, dia suka meniru sekrg ni..hehe..observant dah..

Edward Saminathan berkata...

Kanak-kanak Dumex...