Isnin, 6 April 2009

Mengelamun.....



Kadang2 bila aku mengelamun, aku terkenang hidup aku dulu. Kadang2 terlepas cakap juga pada suami aku,.."teringin nak pegi zaman belajar dekat 'U' balik"...

Biasanya juga, suami aku akan jawab, "kenapa? hidup sekarang tak best ke? ada suami baik (dia mengaku sendiri nih), ada anak yang comel (semua orang kata anak kami sebijik muka ayahnya, jadi dia masih puji diri dia lagi di sini,..huhu)..

Aku akan jawab balik, "bukan hidup sekarang tak seronok, tapi terlalu 'complicated'..kena seimbangkan kerjaya, keluarga, perbelanjaan"..

Biasanya untuk perbualan sebegini, suami aku akan tamatkan dengan berkata " mak dengan ayah kita pun susah juga dulu nak membesarkan kita, tapi mereka teruskan juga, begitu juga dengan kita, kita hidup kena pandang apa yang akan terjadi di masa depan, bukan rindu pada masa lalu..."

Aku akan terkedip2 mata pada masa ini, tak tau ape nak jawab lagi..

3 ulasan:

Che Eduardo berkata...

Sis,

Malam semalam my sis tidur sini.. Sebab better half dia kerja malam; jadi dia takut tidur seorang. Tengah cakap dia kata "You know getting married isn't all that fun you know.. Dulu balik kerjaje, mandi, makan nasi yang emak masak dan masuk tidur.. Tak payah nak buat laundry; tak payah nak kemas rumah.. Life was so good!!"

Sounds familiar?

unlisted_one berkata...

Che, Sounds very familiar..but then if we stay single for the rest of our life, sunyi pulak nanti...

eiza in the house.. berkata...

salam ziarah..hai..tumpang baca ekk :)