Khamis, 2 April 2009

Fobia

Aku baru aje melawat friendster profile aku yang dah sangat2 lama tak dilawati. Kalau profile tu ibarat rumah, dah tumbuh lalang dah agaknya. Sejak dulu aku dapat perhatikan majoriti kawan2 ku cukup excited untuk letak gambar kahwin atau gambar anak di profile. Tapi tidak aku. Mungkin aku fobia, zaman sekolah aku amatlah tak menarik. Aku selalu jadi bahan ketawa orang. Semuanya sebab ada kawan2 yang membocorkan rahsia aku minat pada seseorg. Orang yg diminati tu kategori handsome, tapi aku..? (senang cakap, aku sgt selekeh, dan pakai braces..huhu)..jadi ramai yang mengutuk, mungkin mereka anggap aku tak sedar diri. Kawan2 dalam friendster aku ramai juga kawan sekolah dulu, aku betul2 tak mahu geng2 yang suka mengejek ni, mempersendakan suami atau anak aku. Kalau aku yang diejek, aku tak kisah, tapi kalau suami dan anak aku, aku tak boleh terima.

Bila difikir2, aku ni seolah2 tak matang. Benda lama pun aku masih nak kenang. Tapi, rasa fobia tu memang terbawa2 sampai sekarang, walaupun di tempat kerja. Aku sangat berhati2 sebab takut jadi bahan kutukan orang. Tapi, di tempat kerja tak mungkinlah jadi perkara yang sama, semua orang dah matang kan? Di tempat kerja, lain pulak perangai aku, excited aje nak tunjuk gambar baby..hehe..

4 ulasan:

Che Eduardo berkata...

Sis,

Apa itu Friendster?! ;p

Happily married with a kid; be proud of it!!

Che

unlisted_one berkata...

Che,..
I know la, friendster sound cheesy..hehehe

Yeah, sometimes I'm afraid that by the way I am acting, it is like I am embarassed with my child and hubby.

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Mulut manusia tak boleh ditutup walau cantik bagaimana pun kita ada sahaja tak kena pada mereka.

Cantik itu pada Hati dan bukan pada mata sahaja.

Apakah itu Cantik?

Apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Illahi dan jangan peduli apa orang nak komen sangat pasal kita melainkanlah kalau teguran itu amat baik dan membina buat kita.

Mak Cik doakan kamu sekeluarga hidup rukun damai dan Semoga Allah swt Selamatkan dan Berkati Hidup kamu semua. InsyaAllah.

unlisted_one berkata...

Salam makcik,

Terima kasih atas nasihat dan doa makcik,..terharu rasanya.