Isnin, 20 April 2009

Bila nak balik?

Macam biasa, setiap hujung minggu aku akan 'call' mak mertua aku. Tak tau kenapa, aku cuma rasa itu perlu. Mungkin jugak sebab aku dah sangat2 lama tak balik kampung..berapa lama? 2 bulan? 6 bulan? ooo,..dah setahun..tak boleh harap betul aku ni.. Tapi, suami aku selalu balik kampung masa kami tinggal asing dulu, hampir setiap minggu. Mak dan ayah mertua aku pun selalu juga datang ke sini, jadi kalau di kira, kali terakhir kami jumpa, 3 bulan dulu.

Semalam lepas bertanya keadaan cucunya, terus dia bertanya, bila nak balik kampung??..heee,..mungkin dia dah rindu pada cucunya yang ini..

Mungkin kami akan balik cuti sekolah nanti,..yang aku masih terfikir2, boleh ke si kecik ni 'well-behaved' dalam masa kira2 7 jam? Baru nak pegi Sg.Buloh ---> Shah Alam pun dah 'stress' semacam. Inikan pula Shah Alam ---> Terengganu..Takpe2, ramai lg baby lain yang dah berjaya mengharung, kenapa tak si kecik aku ni?

Teringat kawan2 aku menyakat, hujung tahun depan, dapat sorang lagi la pulak ye...aper? sorang lagi?..heeeheee..*gelak takut*

6 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

KALAU ADA upayanya baliklah, baby tu akan adjust nanti keadaan 'baru' dia. InsyaAllah everthings goona be fine..take care!!

nurmieliasyaza berkata...

dia pun nak balik kampung jugak yer?...

nurmieliasyaza berkata...

terengganu kat mana??

Che Eduardo berkata...

Wah, all my friends orang Ganu ah?!

unlisted_one berkata...

Makcik,
Kena balik jgk nampaknya ni,..thanks makcik

Azmi,...nama anak ye? Cantik nama tu, mcm tuannya jgk..suami terengganu kat Kuala Terengganu, Kg Bukit.

Che,
I bkn Ganu..husband I aje la...tumpang sekaki aje ni.heee

Che Eduardo berkata...

sis,

Lupa.. You orang Perak..

Male Lion King itu sayalah (Leo).. My gf thinks she's not pretty enough for me.. Tak cukup baik katanya.. Perempuan.. perempuan...

Che