Khamis, 19 Mac 2009

Yuna - Dan Sebenarnya


Aku heran dengar satu lagu yang dipasang bos petang semalam, tapi rentaknya sangat melekat di fikiran,..ala2 lagu Norah Jones. Tau2 pagi ni dengar di radio..Liriknya memang kena la dengan perempuan suka kat seseorang, tapi orang tu suka pada yang lain. Majoriti orang pernah rasa kot..sakit betul hati..tapi tu semua cerita lama untuk aku,..kali terakhir aku suka seseorang, orang tu dah pun jadi milik aku..*bangga*..syukur alhamdulillah..
Mengikut interview radio pagi tadi, Yuna ni student uITM, lagu ni dia cipta sendiri..tak tau kenapa, rasa suka pulak pada lagu ni..

Oh Bulan..
Enggan melayan diriku lagi
Pabila airmata membasahi pipi
Dan lagu lagu di radio seolah olah memerli aku

Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu

Dan sebenarnya ku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu
Kau juga menyintai aku
Ku enggan berpura pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia

Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku

Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih.. bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh...
Dan Sebenarnya .. Dan Sebenarnya .. Aku rindu ..
Dan Sebenarnya .. Dan Sebenarnya .. Aku tak mampu .. tanpamu

4 ulasan:

azmi yusof berkata...

yuna ni sempoi sempoi orang nya kan?

unlisted_one berkata...

A'ah, nampak mcm org biasa je, tak nampak mcm artis pun..yg menarik sekali sbb dia bertudung.

melayuangkat berkata...

Salam Pagi Jumaat buat kamu berdua,

Jauh ketinggalan zaman Mak Cik ni. Mak Cik tak kenal dia dan apa lagi dengar lagu dia. Mungkin Mak Cik terlalu sibuk dan tak ada masa nak dengar lagu atau 'generation gap' kita terlalu jauh.

Apa-apa pun diharap dalam seni pun akan memberi kebaikan pada semua. InsyaAllah.

unlisted_one berkata...

Salam makcik,

Makcik tak kenal bukan sebab ketinggalan zaman makcik, tp penyanyi ni memang agak low-profile. Saya pun baru tau psl dia semlm..hehe