Ahad, 15 Mac 2009

Baby Boy


Petang tadi aku melawat kawan baikku yang baru bersalin minggu lalu. Dia dapat baby boy dan nampak sihat tadi. Mungkin sebab bersalin normal. Mengikut ceritanya, dia menangis masa bersalinkan anaknya sebab terlalu sakit. Seingat aku (dan aku sememangnya tak berapa ingat), pengalaman aku bersalin dulu memang menyakitkan, tapi aku tak sampai menangis (tapi boleh tahan jugak mulut merepek2 bila sakit tu). Bukan hendak mengatakan aku hebat, tapi membuatkan aku terfikir, mesti bersalinkan baby boy jauh lebih sakit dari melahirkan baby girl.

Teringat aku pada cerita ustazah ku lama dulu, melahirkan anak lelaki membuatkan ibu putus dua urat, tetapi ibu akan putus satu urat saja jika melahirkan anak perempuan. Patutlah, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibunya jauh lebih besar berbanding anak perempuan.

Walau apa pun, pada aku, anak ku tetap sama saja, walaupun satu hari nanti ditakdirkan rezeki ku mendapat anak lelaki, aku tak mahu membeza2 kan..Anakku sekarang dah boleh angkat kepala tinggi bila meniarap. Terima kasih pada makcik Melayuangkat sebab bertanya. Baru aje hantar ke rumah pengasuh hari Khamis lepas. Pengasuhnya ni ustazah dan mengajar budak2 mengaji waktu petang. Setakat ni nampak elok jagaannya..cuma hari pertama tu, anakku ni terdiam bila dibawak balik ke rumah. Confuse kot..

Sekarang ni, bila balik dari kerja dah ada daya penarik, mesti nak tengok muka dan matanya yang bulat tu. Paling bahagia bila dengar dia ketawa,..kadang2 aku berharap masa akan berhenti masa tu, sebab aku harap dapat habiskan masa lebih lama dengan anakku..mesti semua ibu bapa pun rasa begitukan....

5 ulasan:

azmi yusof berkata...

heheheheh...

unlisted_one berkata...

Azmi,
Apsal suker nih? hehe..

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Memang benar, pengalaman Mak Cik sendiri melahirkan anak lelaki Mak Cik jauh lebih sakit dari melahirkan anak perempuan.

WaAllahuAlam, ini semua kuasa Illahi. Bersyukur kita ada zuriat, ramai yang tidak dikurniakan anak pun.

Che Eduardo berkata...

Girls are better, sis..

unlisted_one berkata...

Salam makcik,..anak lelaki lg sakit ye makcik? Huhu,..masa bersalin hari tu pn boleh tahan dah, mcm mane la keadaanya sy kalau ade rezeki dpt boy nanti..

Che,
Girls are better when we wanted to buy them dresses. Byk sgt choice!..hehe