Sabtu, 31 Januari 2009

Baby blues

Semalam aku dan suami sibuk mencari2 orang untuk menjaga anak kami. Sedar tak sedar aku dah kena kerja balik. 2-3 tahun lepas ada seorang kawan meluahkan pada aku, betapa susahnya nak berpisah dengan anak kita lepas cuti bersalin. Aku angguk aje masa tu, cuma dalam hati terfikir, kenapa ye boleh rasa susah tu? Sekarang aku alami sendiri, selama 2 bulan ni dah terbiasa 24jam menguruskan dia saja, tiba2 kena berpisah. Sure jadi sayu le.

Aku dapat 2 pilihan nursery. Satu ni memang registered, tapi alahai ade berbelas orang budak lagi yang dijaganya. Tapi menurut pemilik nursery tu kebanyakkan budak2 ni pergi ke sekolah. Masa melawat tu ade kira-kira 5-6 orang kanak2 dalam lingkungan 3-5 tahun. Suami aku berbisik, kalau diaorang ni buli atau kacau anak kita nak tido macam mana? Adoi,..suami aku ni pun, bagi aku lagi risau. Tapi, menurut kawan yang recommend tempat ni, takde masalah di sini. Memang anak2 dia yg dihantar ke sini pun ok.

Tempat kedua pula secara kebetulan kami jumpa masa bertanyakan jalan. Akak ni cuma jaga baby sahaja. Sekarang dia tengah jaga 4 baby. Tapi, aku takde reference untuk akak ni. Pening betul,..rasa kesian pulak pada anak aku ni kalau hantar ke rumah orang. Anak aku ni manja betul selama 2 bulan ni, ayahnya pun memang tengah cuti menunggu posting. Memang dilayan penuh kasih sayang oleh mak dan ayah la sejak dia lahir..huhu..

Aku selalu terfikir untuk berenti kerja dan jaga anak, suami aku tak kisah. Tapi, katanya aku tak boleh la bermewah makan macam sekarang. Kelemahan aku ialah aku suka sangat berhabis duit untuk makanan, bukan pakaian atau mekap. Kalau boleh nak makan kek Secret Recipe tu hari2. Tapi, aku tak boleh bebankan suami aku seorang saja, aku pun ada pelbagai loan untuk dilangsaikan,..termasuk la PTPTN. Alahai,..kena kerja jugak la nampaknya...

5 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Terima Kasih, akhirnya Mak Cik dan rakan rakan bloggers Azmi dan Che khasnya dapat juga lihat gambar baby kamu. Chomel betul dia dan Alhamdulillah sihat, syukurlah.

Mak Cik rasa elok juga letak baby kamu di nursery. Walaupun ramai kanak kanak, mereka dah besar dan tidak mungkin pengasuh di sana akan biarkan baby diganggu. Lagi pun kalau baby dah biasa tidur dalam keriuhan sedikit lama lama tak jadi masalah.

Kakak itu pun dah jaga 4 bayi dan kalau tak ada reference lebih baik jangan.

Sebolehnya janganlah berhenti kerja dulu. Kamu masih muda, InsyaAllah masih terdaya untuk jadi supermum seperti supermum superman yang lain. Selagi terlarat dan suami serta keadaan mengizinkan baiklah ada pekerjaan.

Selamat menjalankan Tugas di pejabat dan di rumah juga.

mohd nor azmi berkata...

assalamualaikum..
hmm..sekarang giliran awak plak rungsing yer...macam saya hari tula...nasihat saya yang tak berapa pengalaman ni..pertama, janganler benti keje..nanti banyak nak pakai duit..susah kita nanti..kedua..pada saya elok antor ke nursery..macam kata makcik..insya Allah..ok..mereka semua walau jaga ramai tapi ada pengalaman..kalau risau jugak, tanyala pada sesape yang penah letak anak situ..apapun memang pertama kali kita risau sangat...tapi bila dah letak okla kot..

Che Eduardo berkata...

Hey Sis,

That's absolutely cute bundle of joy now, isn't she?

Hard decision to make, no.. I wish I can tell my wife next time to stay home and take care of baby.. but as you say, we got to scrinch (life's bad when you have to do that kan..) Kena sacrifice life's little pleasures (like Secret Recipe cakes, Starbucks frapps and for my GF- SHOPPING!!!)

Or get my mom to jaga.. But apparently my sis sudah book dulu.. WAHAHAHAHA!!!

Make the best choice possible and do go back to work.. It keeps yourself up and going as well. My mom's generation bolehlah duduk rumah; nowadays cannotlah.. Not because of money; but because you need a life too.. And a reason to look forward to go home everyday..

Kiss baby for me.. MWAH!!

Che

unlisted_one berkata...

Salam makcik, baru dapat upload gambar dia ni makcik, outdated sikit. hehe..Terima kasih atas advice makcik, kurang sikit rasa kusut ni. Saya pun cuak jgk nak letak baby kat orang yang kebetulan dijumpai ni. Rasanya memang saya tak berenti kerja jugak, sian kat suami keje sorang2 nanti.

Azmi, mungkin betul juga, 1st time nak tinggal anak memang la risau kan..kawan yg pernah htr kat situ kata anak2 dia ok je kat tempat yg registered ni. Tak pernah pulak dia dengar cerita2 tak best.

Che, ur mom tak boleh tolong jagakan anak u n ur sis sekali ke? Hehe..kalau mak jaga ni, kita lagi senang hati..hehe. Tapi, kena ada back up jgk, takut2 mak nak pegi mana2 ke, tak dapat nak jaga anak kita time tu. Tapi takpe la, u can think about it bila sampai masa nanti..oh, and baby kiss back..huhu

rantong berkata...

Sekadar ingat mengingatkan. Jangan lupa selalu berdoa untuk saudara kita di Palestin. Doa Qunut Nazilah

“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Sumber: JAKIM
View Profile: Rantong