Khamis, 11 Disember 2008

Newborn

Alhamdulillah Isnin lalu, 1 December aku selamat melahirkan seorang baby girl..hehe,..delay sehari. Tapi, gambarnya tak dapat nak di upload lagi. Aku tersangat panik masa nak bersalin tu, tapi kira ok la, walaupun suami takde sebab kursus lagi di Kelantan, mak ada meneman aku. Selama ni aku cuma dengar kata orang tentang betapa besarnya kuasa Tuhan menjadikan perempuan ni mampu untuk bersalin, tapi sekarang aku sendiri dah mengalaminya.

Aku memang berkira-kira nak mengambil epidural atau sekurang-kurangnya bius, tapi masa aku mintak pada nurse, dah terlambat. Aku betul-betul jadi panik, ape nak buat, harung aje lah. Aku sangat2 bersyukur semuanya selesai dan selamat.

Cuma agak malang bagi aku, sebab baby aku terpaksa ditahan 5 hari di wad, sebab ada masalah pernafasan. Menurut doktor, mungkin ada infection pada paru-paru semasa kelahiran. Aku runsing sangat masa aku dapat tahu, keadaan diri aku pun aku tak hirau masa tu. Sepatutnya aku jaga pantang betul2, tapi aku berulang alik ke hospital setiap hari untuk tengok baby dan habiskan masa berjam2 di nursery, sebab aku nak bersama baby. Bila aku dapat bawak baby balik Jumaat lepas, aku sangat2 bersyukur.

Buat masa sekarang aku sedang membiasakan diri dengan rutin baru menjaga baby, mujur mak ada membantu. Aku selalu berdoa pada Tuhan agar aku dan suami mampu menjadi ibu bapa yang baik untuk anak kami.

7 ulasan:

Che Eduardo berkata...

I'm THE FIRST ONE TO SAY:

CONGRATULATIONS!!!!!!!!!!
God Bless You, Hubby and Child.. And don't worry; you'll make great parents. So happy for you; like my own sister gave birth like that. ;)

p.s. Baby Girl nama apa?

azmi yusof berkata...

selamat menjadi ibu..dan selamat menempuh dugaan yang tak ternilai harganya sebagai seorang ibu..nanti letak gambar yek..

melayuangkat berkata...

Alhamdulillah!! Syukur.

Sebenarnya Mak Cik pun tertunggu tunggu bila agaknya kamu akan melahirkan dan berdoa agar semuanya Selamat.

Syukurlah.

Baby kena tahan memang biasalah. Maklumlah 'orang baru', kenalah menyesuaikan dirinya dengan dunia kita ini. InsyaAllah swt segalanya akan Selamat.

Tahniah kepada kamu sekeluarga!!

unlisted_one berkata...

Thank you Che, Azmi and makcik..

Che : Betul ke rasa mcm ur own sister give birth? Aisey,..I bangga la u cakap mcm tu..hehe..by the way my baby name is Madihah, meaning 'yang terpuji' in Arabic.

Azmi : Memang kena banyak2 stand by ni untuk pengalamn2 tu..:)

Makcik : Terima kasih banyak2 makcik..sblm bersalin pun makcik byk bg advice jgk..

melayuangkat berkata...

Assalamulalaikum Anak dan cucu baru ku,

Apa khabar sekarang, didoakan agar bertambah sihat dan bayi juga dalam keadaan yang lebih baik. Amin!!

azmi yusof berkata...

ni macam mak ke macam ayah dia??

Abu Jundullah berkata...

Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang ramai dengan memperalatkan kucing terbiar untuk tembolok dan sex songsangnya di Bukit Bintang, lihat http://jamilkucingpondan.blogspot.com , dulu reformis, sekarang pengemis, pengiat sex songsang