Sabtu, 20 Disember 2008

Baby Care

Lama betul aku tak dapat guna internet. Masih dalam peringkat meng'adjust' masa. Susah jugak jaga 'baby'..selama ni cuma dengar aje, sekarang dah rasa sendiri. Nasib baik la suami dah tak stay di Kelantan lagi. Hopefully dia dapat posting sekolah2 dekat Shah Alam jugak, kalau tak weekend atau monthly husband and wife lagi la jawabnya.

First time tido dengan baby, isykk,..sangat 'horror', aku betul2 'zero-knowledge' pasal jaga baby (padan muka aku jugak, buku psl child care dah ade, tapi tak reti2 nak baca). Husband pulak takde masa tu,..masak aku. Memang 'blur' betul, sampai 5 pagi jugak la aku terkial2. Kejap2 dia nangis, aku pun rasa nak ikut nangis sekali masa tu..huhu. Esoknya, kena bebel dengan mak aku, "sian cucu aku tu", katanya. Ooo,..anak dia ni dia tak kesian? huhu..

Sekarang ni ok sikit la..husband dah ade, keadaan terkawal sikit. Sebenarnya dia yang banyak mengawal keadaan, aku ni meng'kalut' kan keadaan aje. Baby kami ni, kalau lambat bagi susu, dia akan jerit sekuat2 nya macam sakit. First time aku dengar, ingatkan dia sakit ape2, dah rasa nak bawak pegi klinik dah, rupanya dia tunjuk perasaan,...isyk,..buat gempak aje.

By the way, menjawab pertanyaan Azmi, baby ni macam muka mak atau ayah..hehe,.semua orang kata macam muka ayah dia. Tapi tak tau la, dah besar nanti...

1 ulasan:

Che Eduardo berkata...

WAHAHAHA!!

:D

Taik baik gelakkan org, nanti diri sendiri terkena baru tahu..

:I

Che