Sabtu, 15 November 2008

Suami aku

Aku dah lama sedar, sejak sebelum kahwin. Suami aku tak sependapat dengan aku dalam politik. Kadang2 aku geram bila dia membela pembangkang. Pada aku, pembangkang banyak mengarut dari buat kerja. Banyak mencari salah kerajaan dulu dari memikirkan kemajuan negeri. Pada suami aku, elok ramai pembangkang dalam parlimen, jadi kerajaan pusat tak berani buat lebih kurang. Duh,...parlimen tu gunanya untuk cari gali salah kerajaan pusat aje ke? Selalunya kami mesti bergaduh kalau cakap pasal politik..tak berbaloi betul.. Aku boleh terima kalau kerajaan yang aku sokong ada kelemahan, aku akan akui aje, tapi suami aku pulak mengaku dia neutral, sape salah dia hentam, alih2 bila pembangkang terang2 buat salah, dia 'backing' lagi ade la. Geramnya aku...

Nak melawan lebih2, alahai bukannya aku dapat ape pun daripada parti politik yang aku bela tu, dapat dosa melawan suami aku ade la. Tapi, takpe..secara lumrahnya aku yang selalu mintak maaf dari suami aku. Aku pun bukannya jenis yang ego tak reti2 nak mengalah. Cuma ada sekali aku terlalu emosi, aku cakap pada suami aku, dia akan gadaikan masa depan anak2 kami kalau dia terus dengan ideologi songsang dia tu. Suami aku cakap aku mengarut. Masa lepas pilihanraya dulu lagi teruk, aku paksa dia beritahu dia undi ape. Bila dia kata undi tu rahsia, aku merajuk...tarik muka...lepas tu mulut aku pun merepek2 yang bukan2.

Kadang2 aku tak faham, kenapa dia tak sependapat dengan aku. Mungkin ke sebab latar belakang kami yang terlalu berbeza? Aku bernasib baik, keluarga aku boleh dikatakan golongan sederhana, lepas dapat ijazah pun, syukur, rezeki aku murah, aku terus dapat kerja yang sesuai. Tapi, suami aku dari keluarga susah, katanya masa dia kecil, dia selalu teringin nak makan KFC, tapi mak dan ayahnya tak mampu belikan. Kalau dibandingkan dengan aku, KFC tu macam makanan biasa masa aku kecil. Lepas dia dapat ijazah, dia buat mcm2 kerja, selepas berkahwin dengan aku, baru dia dapat kerja yang menggunakan ijazah. Selama ni dia buat kerja yang menggunakan SPM sahaja. Mungkin sebab tu ke ideologi politiknya berbeza dengan aku??

Sekarang kami kurang bercakap hal2 politik, mungkin dia pun nak menjaga emosi aku yang mengandung ni. Lagi pun, kami jarang jumpa,..lebih kurang sekali sebulan aje sebab kursusnya tak habis lagi. Jadi setiap kali balik, dia cuba melayan aku sebaik2nya, sampai baju kerja aku pun dia tolong cuci dan gosok sebab katanya dia tahu, aku mesti penat kalau kena buat semua tu sekarang. Apa saja yang aku teringin nak makan, dia akan belikan walaupun elaun kursusnya tak sebanyak mana. Pernah aku cakap teringin nak makan 'kacang pool' yang hanya dijual di JB, dia dah sibuk nak ke JB semata2 nak belikan 'kacang pool' untuk aku.

Kadang2 bila aku mahasabah diri, aku terfikir, aku memang keterlaluan, semata2 fahaman politiknya berbeza, aku terus anggap suami aku salah. Sedangkan bila difikir2 kan, mungkin latar belakangnya yang menyebabkan dia berfahaman begitu. Lagi pun, fahamam politiknya tak mempengaruhi tanggungjawabnya sebagai suami, itu yang penting. Dia pun tak melampau seperti sesetengah suami yang sanggup menjatuhkan talak jika isteri tak menyokong parti pilihannya,..nauzubillah. Bila difikir2 kan, aku tersedar, aku ni memang melampau.

5 ulasan:

azmi yusof berkata...

biasalah tu..jangan diambil kisah sangat pasal politik tu..selagi suami jalankan tanggungjawab dengan baik, alhamdulillah la..saja je tu..laki nak jaga ego dia..hehehhee..ok..take care..

Peguambela? berkata...

Girlfren saya satu gang dgn saya. Malah dia yang lebih kuat pegangan politik dia.. Siap ahli parti lagi.

~PakKaramu~ berkata...

Assalamu'alaikum

Saya rasa suami puan adalah benar seorang yang bertanggungjawab, dari segi agamapun puan adalah salah, setiap manusia ada pendiriannya yang tersendiri dan ada fakta

Puan akan tahu mana yang benar jika puan membaca Quran dan hadis, apa yang penting harmonikan rumah tangga kerana jika berlaku penceraian maka dosanya sama seperti meroboh sebuah masjid, fikirkan itu

unlisted_one berkata...

Salam, thanks Azmi.

Pada peguambela untung la u, dah kurang satu topik nak gaduh..hehehe

Pada Pak kara, terima kasih. Saya salah sebab saya cuba buat suami saya berfikiran seperti saya. Tapi saya rasa pendapat saya dari segi politik belum lagi salah. Begitu juga dengan suami saya, dia juga tak salah sebab pada saya dua2 belah pihak dlm politik kita sekrg ada kelemahan masing2. Bergantung kepada kita, setakat mana kita mampu tolerate dgn kelemahan tu. Isk, tapi jangan la cakap psl penceraian,..seram..kami berdua tak la fanatik sampai begitu sekali.

hijauoren berkata...

kak nia.,. kite same la,,. penah gak gado n emo ngn hamdi pasal politik2 ni.. tp kak nia geng hamdi la.. kite geng abg zam huhu

kekadang kite bukan nk backing sgt pembangk*ng ni tp bile dok atas paga tu fhm2 aje la.. pengalaman dr kecik melihat senario politik kg halaman membuatkan kite jd begini (ewah terlebih pulak)