Rabu, 12 November 2008

Perasaan aku?!!

Dah lame aku tak tulis blog aku ni. Sibuk sangat la kononnya. Aku mengambil nasihat makcik melayuangkat jgk, buat per aku pening2 kepala psl politik, baik aku tenangkan diri aku. Tapi, yang paling mahal adalah respond bos aku bila aku kata doktor ramalkan aku bersalin next week dan bukan akhir bulan ni. Dia macam tak percaya kata doktor tu, dia tak bagi pulak aku ambik cuti next week, sebab dia nak aku settlekan kerja2 aku jugak. Sebenarnya kerja2 aku tu, ada 6 bulan tempoh utk diselesaikan, tapi bos aku nak aku settlekan jgk sblm aku cuti bersalin. Macam mana tu?

Aku tak larat lagi nak kerja sampai lewat2 mlm mcm 8 bulan dulu. Aku bersyukur sangat Tuhan bagi aku mampu bekerja mcm biasa selama ni. Ramai yg kagum, kata mereka aku tak mcm org mengandung. Pada aku, tu semua kuasa Tuhan. Tapi dalam saat2 dah masuk 37 minggu ni, aku kena mengaku, semangat aku pun tak cukup nak mengatasi ketaklaratan aku ni. Kerja sampai 5.30 pun aku cuba2 kuatkan diri.

Takpe la, bos aku tu senang je nak settle, aku bersalin je, aku matikan hp..hehehe,..hp tu bukan company bayar, so tak wajib angkat ye. Lg pun, aku tak nak fikir keje, aku nak fikir mcm mane nak jaga anak aku je nanti. Lgpun, prinsip aku, anak tu amanah Allah, kerja ni amanah company..hehehe..bleh ke gitu?Ilmu penjagaan baby ni 'zero' pada aku, byk nk belajar ni.

Ramai yg tanya perasaan aku nak bersalin. Aku tak sure ape perasaan aku, tapi aku dpt agak sakitnya mcm mane, lebih krg masa aku 'miscarriage' dulu kot.

4 ulasan:

azmi yusof berkata...

hmm..
memang patut cuti dah..kita tak tahu..ntah terawal..macam wife saya..
pasal perasaan nak bersalin tu..memangla seksanya tengok wife masa dalam bilik bersalin..dari kol 1 pagi sampaila 1 tengahari..setiap 2/3 minit sakit datang..sebenarnya kan..sekarang ada ubat nak bagi tak sakit..epidural namanya..kena bayar lebih sikitla..kalau ikut saya tak nak bagi wife guna epidural tu..sebab dah hampir 10 jam tengok wife sakit sangat, sampai saya pun takleh tahan air mata dah..saya rasa jalan terbaik saya panggil doktor soh inject epidural tu..alhamdulillah lepas tu semua baik..bersalin pun senang..doktor kata kalau tak ambil epidural tu maybe kene bedah...saja cerita kat awak..nanti kalau terasa tak tahan sangat, tanyala doktor pasal epidural tu...ok..

Peguambela? berkata...

Good Luck and God Bless, Mother and Child. Will sent my guardian angel, ok...

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Semoga kamu, bayi dan Segalanya akan Selamat, InsyaAllah swt.

Banyak-banyaklah berzikir... seperti Ya Allah Ya Salam..Ayatul Qursi, Selawat pada Nabi saw.

Take care!!!

unlisted_one berkata...

Salam Azmi, saya ada juga dengar2 epidural ni. Memang terasa nak ambik jugak kalau perlu nanti. Tapi kalau kes mcm isteri Azmi tu, memang patut ambik. Kesian dia, sampai 10 jam sakit. Saya pernah rasa juga sakit yg hampir sama mcm bersalin ni, tu pun azab dah rasanya. Kalau bersalin, tak tau la mcm mana. Doa2 kan yek.

Peguambela (aik, tukar nama ke?),..thanks for your wishes, really appreciate it.

Buat makcik, terima kasih atas nasihat makcik. Doa2 kan ye..Tahniah makcik, nanti nak terima menantu. :)