Rabu, 26 November 2008

Eh, ko tak bersalin lagi ke?

Aku agak bosan bila orang asyik bertanya soalan-soalan ini pada aku :

1) Eh, bila ko nak bersalin?
2) Eh, ko datang kerja lagi ke?
3) Eh, lambatnya ko dapat anak? (soalan paling tak patut)
4) Eh, ko tak de rasa sakit-sakit lagi ke?
5) Eh, u ni larat lagi ke?

Dan macam-macam ‘eh’ lagi..

Itu tak kira statement yang mengarut macam ni:

1) Ko due Sabtu ni, tak nampak macam nak bersalin pun..
2) Kak, balik aje la kak, tak payah kerja lagi. Nanti terberanak nanti susah..
3) Ko jangan terberanak kat sini, takde orang nak hantar nanti...

Aku rasa kalau terlepas due date Sabtu ni mesti ada orang akan cakap macam ni pulak:

“ Ko banyak sangat rehat ni, sebab tu lambat bersalin. Cuba banyak berjalan sikit”...iee, sabar-sabar aje la.

Seorang kawan aku beritahu, kalau masuk tempat menunggu nak bersalin tu, bawak la MP3 atau CD mengaji Al-Quran, nak mengelakkan dari terdengar jeritan-jeritan orang lain. Menurut kawan aku tu, masa dia bersalin dulu, daripada cool dan relaks dia jadi panik dan menggelabah sebab terdengar jeritan-jeritan tu. Dia kata ngeri sangat!

Aku jadi tambah ngeri bila kawan aku ceritakan pengalaman dia, tapi dia kata jangan risau la, dia dulu induce lagi teruk dari bersalin normal, sebab tu pengalaman dia agak mengerikan. Huhu, aku harap aku dapat bersalin normal dan mudah (rasanya itu harapan semua orang yang nak bersalin, tak de siapa nak susah bersalin).

Pengalaman keguguran dulu pun tak hilang lagi. Tapi aku rasa, nak melahirkan lebih sakit berganda-ganda dari sakit sebab keguguran. Apa yang aku tahu, sakit nak bersalin nanti dia akan datang dan hilang berkali-kali. Makin lama makin kerap. Itu penerangan yang aku anggap standard untuk sakit bersalin. Apa yang pasti, setiap orang akan lalui pengalaman berbeza-beza.

Mak aku hari-hari telefon tanya. Dia tak dapat tunggu aku lagi, kena tunggu adik bongsu aku habis paper SPM minggu ni. Jadi sekarang adik lelaki aku akan balik awal untuk tunggu aku di rumah. Kalau tak, selagi tak pukul 11 jangan harap dia nak balik. Suspen jugak ye tunggu nak bersalin ni, kalau ada sakit aje, mesti aku dah panik, ‘ hah, aku dah nak beranak ke?’...hehe, poyo betul.

6 ulasan:

Peguambela? berkata...

I was just about to ask myself..

God Bless; Don't Worry Too Much.. We're all thinking and saying our little prayers for you..

P?

unlisted_one berkata...

Peguambela? It's ok, actually I am asking the same question to myself everyday.." bila la aku nak bersalin?"

Anyway, thanks for the thought :>

azmi yusof berkata...

SALAM..
takpayah ler dengar2 mp3 saat nak bersalin..baik baca sendiri..lagi baik..hm..memangla sakit..tapi pada saya dunia sekarang telah berubah..kita ada pilihan..macam saya pernah bagitau dulu tentang epidural..kalau ikut orang tua, tak suka kalau anak diorang ambik benda ni..tapi pada saya, benda tu banyak membantu wife saya melahirkan anak dengan tenang..hati kita pun tenang....semoga selamat semuanya nanti..insya Allah..

unlisted_one berkata...

Salam Azmi,

Hehe, tak pyh dgr mp3 ke? Insya Allah nak baca sendiri tu, selagi mampu saya try la baca sendiri. Mmg pun, epidural tu mak saya bising2 tak bagi ambik, katanya nanti sakit pinggang masa tua nanti. Tapi, kalau tak tahan nanti, definitely saya nak ambik jgk..tapi tak bgtau mak la nanti.diam2 ambik..

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Biasalah anakku, Mulut orang,macam mana kita nak tutup.

Buat biasa sahaja. Ingat pesan Mak Cik, zikir dan Selawat bila boleh.

InsyaAllah, everything will be just fine..Amin!!

unlisted_one berkata...

Salam makcik,

Terima kasih makcik, memang saya dalam peringkat bertawakal banyak2 ni makcik. Doakan saya ye makcik.