Selasa, 18 November 2008

Dia jeles ke?

Aku mc 2 hari ni, mengikut nasihat doktor. Tapi, kesian pulak pada bos dan assistant aku, kalau aku bersalin, siapa pulak nak settlekan projek department kami ni. Aku sorang aje yang handle projek ni, assistant aku pun tau sikit2, dia dah mcm nak nangis bila bos kata tak nak postponed projek ni walaupun aku bersalin, yang jadi tertekan assistant aku ni la. Jadi aku mintak izin bos, boleh tak assistant aku datang ke rumah hari ni, supaya aku dapat brief dia sikit2 psl projek ni. Takde la dia blur sgt kalau dibuatnya aku bersalin dalam 2 hari ni ( tapi rasanya tak bersalin kot, just in case). Bos aku ok, dia kata boleh.

Aku cuma terkilan dengan sorang staff kat department aku, dia sama level dengan assistant aku. Bezanya, dia parmanent, assistant aku taraf kontrak (tapi dalam proses nak jadi parmanent jugak). Sebelum assistant aku ni masuk, aku ok je dengan dia. Tapi sejak ada assistant aku yang aku dah anggap macam adik ni masuk, ada je dia nak bengang dengan kami. Kadang2 dia buat perangai tak nak cakap dengan kami atau naik angin tak tentu sebab. Puas aku memujuk selalunya, aku ni jenis tak seronok kalau ada orang bengang dengan aku, mesti aku nak tau kenapa dan mintak maaf. Selalunya tak jalan, minah ni just ignore aje aku. Aku la yang nampak terhegeh2.

Tapi hari ni bila assistant aku bagitau dia yang dia nak pegi ke rumah aku untuk buat kerja. minah ni naik angin, dia kata mana boleh aku buat macam tu (padahal boss dah bagi permission ni), kalau aku dah tau nak beranak, postpone aje la projek ni (ler, boss aku yg tak nak postpone). Dia siap cakap lagi kat assistant aku, kalau aku jadi ko, aku campak aje masuk tong sampah kerja2 ni, tak payah buat, tinggal aje. Aku tertanya2, ape masalah dia sebenarnya? Hasad dengki? Cemburu sebab assistant aku macam rapat dengan aku? Kenapa orang melayu selalu ada perangai macam ni?

Kalau aku ada rasa hasad dengki pada orang, aku sedaya upaya nak buang perasaan tu dengan cara berbaik dengan orang tu dan cari jalan untuk suka orang tu. So, aku tak ingat nak dengki pada dia. Bukan aku nak mengatakan aku baik sangat, tidak sama sekali. Tapi dengki ni boleh ganggu ibadat, hati pun tak tenang. So, ape kebaikkannya?

Aku sangat2 berdoa pada Tuhan agar anak2 ku djauhkan dari sikap dengki ni. Dari dengki orang boleh terfikir untuk menganiaya dan menyakitkan hati orang. Tapi, itulah salah satu sikap yang sangat 'common' pada orang Melayu. Menjatuhkan orang, menikam dari belakang, semua tu perkara biasa.

5 ulasan:

Peguambela? berkata...

MOV,

Bukan masalah bangsa; lebih kepada soal office politics dan tak kepuasan hati. Biasalah tu. Tapi saya juga selalu kata org India mcm itu..

P?

azmi yusof berkata...

biorkan jer..orang macamtu elok ramai2 pulaukan..bior dia sedar diri..tapi nampak jahat plak yer...hmm..sabarjela..

unlisted_one berkata...

Peguambela,..boleh jadi betul jugak, kadang2 bukan bangsa punya hal diaorg jadi gitu, hati dengki punya hal.

Azmi, memang terasa nak bg pulau aje kat minah tu, tapi takut nampak mcm jahat..makan hati aje laa..

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Apa khabar? Semoga baik baik semuanya, InsyaAllah.

Adat hidup bekerja di Pejabat macam tu lah.

Kena KUATkan semangat. Mereka ini kuat dalaman jadi kita pun mesti kuat kalau tidak kebal.

Bila nak ke Pejabat keluar rumah sahaja baca Ayatul Qursi banyak banyak dan Selawat. InsyaAllah Selamat dan diLindungi oleh Allah swt.

WaAllahuAlam.

unlisted_one berkata...

Salam makcik,

Terima kasih makcik atas nasihat tu, lebih2 lagi tengah pregnant ni kan makcik, sensitif sangat saya ni kadang2..