Jumaat, 29 Ogos 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Seumur hidup aku, ingatan pertamaku dapat kawan berbangsa Cina masa aku berumur 5 tahun. Arwah tok ada bukak kedai runcit di pekan kecil dekat kampung. Masa aku balik satu hari raya tu, aku kenal dengan this Chinese Boy, ayahnya ada bukak kedai runcit di kawasan itu jugak. Tapi, sayangnya aku dah lupa nama dia. Cuma yang aku tak pernah lupa, masa tu aku seronok sangat sebab ada kawan. Maklumlah, sepupu aku semua dah pergi ke kampung mereka yang satu lagi masa tu, so aku betul2 takde kawan masa tu. Semasa aku 7 tahun, family aku pindah rumah dan kawasan baru ni ada Cina dan India berbanding kawasan lama kami, nampak Melayu je sekitar tu. Aku kenal dengan sorang amoi, jiran aku masa tu. Nama panggilan dia Mei Mei, kami sangat lah kamceng masa tu. Dia pernah tunjukkan kerja sekolahnya yang dah siap mengenai kawan baik. Dalam karangannya, kawan baiknya ialah aku dan aku tak boleh lupa, dia siap lukis gambar aku dalam buku tu..hehehe, memang tak serupa aku langsung.

Masuk ke sekolah menengah, aku ke sekolah baru yang takde sape pun kenal aku sebab kawan2 sekolah rendahku ke sekolah lain. Budak2 Melayu yang satu kelas dengan aku, langsung tak nak geng dengan aku, mungkin sebab aku dari sekolah lain kot.. Tau macam mana aku survive kat sekolah tu? Aku ade kawan2 di kalangan Cina dan India. Hairan kan, kawan2 aku ni tak pernah menyisihkan aku walaupun aku sorang aje Melayu dalam geng diaorg. Aku tak terasa langsung yang diaorg ni bangsa lain dari aku.

Masuk ke alam pekerjaan, aku takkan lupa masa aku nak kahwin, aku terdengar perbualan 2 orang kawan ku berbangsa India. Salah seorang cuba memujuk yang sorang lagi untuk pakai sari ke majlis perkahwinan aku. Yang sorang tu segan nak pakai sari sebab dia takut nampak 'over', tapi aku takkan lupa ayat kawanku yang sedang memujuk tu " Come on la, this is our friend wedding'..akhirnya diaorg telah memakai sari terbaik diaorg ke majlis aku.

Majlis perkahwinan aku kebetulan jatuh pada hari yang sama dengan Chap Goh Meh. Tapi ada dua orang kawanku berbangsa Cina yang tetap hadir. Salah seorang tetap datang dengan suaminya dan sehari sebelum majlis aku, dia menghantar sms.." I managed to re-scheduled our lunch with our family and friends for your wedding"...seorang lagi yang hadir bila ditanya kenapa tak pegi sambutan Chap Goh Meh tu? Dia terus menjawab pada aku, "u kahwin sekali aje seumur hidup, Chap Goh Meh i boleh celebrate tiap tahun"...terharu aku mendengarnya.

Bukanlah bermakna aku takde kawan2 Melayu, aku ada ramai kawan Melayu yang baik juga. Cuma tersentuh dengan isu perpaduan yang melanda kita sekarang ni.
Aku tak tahu, anak2 aku nanti berpeluang atau tak untuk berkawan dengan bangsa2 lain nanti kalau isu2 perkauman ini dengan sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak2 tertentu. Bagi aku, walaupun mereka bukan sebangsa dengan aku, mereka tetap layak dipanggil kawan. Aku juga tahu, negara ini berjaya mencapai kemerdekaan kerana tolak ansur dan timbang rasa daripada semua kaum dan aku amat berharap, andai masalah apa pun yang timbul di masa hadapan nanti, semua kaum akan tetap bertolak ansur dan merujuk kembali sejarah untuk iktibar kita di masa akan datang. Selamat Hari Kemerdekaan ke 51..semoga perpaduan akan tetap menjadi teras kejayaan kita semua...

5 ulasan:

azmi yusof berkata...

kalau kita ikhlas, jujur..beginilah caranya kita mengulas atau membincangkan tentang tema hari kemedekaan kita tahun ini..namun mengecewakan kerana ada diantara kita,membincang dan mengulas tema ini melalui cara yang negatif..cuba cubalah unlisted one intai intai blog yang katanya cukup glamor semenjak PR Permatang Pauh hari tu..nilailah sendiri..

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum anakku,

Ya kita baik antara satu dengan lain. Mak Cik pun berharap cucu cucu Mak Cik, (Minta ada rezekilah ada cucu cucu, InsyaAllah) akan berpeluang mempunyai kawan dari semua bangsa, budaya dan Agama.

Yang buat kacau dan haru adalah Ahli Politik atau yang nak sangat ke Parlimen tapi tak dapat jadi mereka gunakan kita kita ini untuk mencapai matlamat akhir mereka.

Siapa yang tidak kuat antara kita cepat melenting bila dibakar api permusuhan. Mereka mesti buat kita bermusuh supaya senang mencapai hasrat masing masing.

Lihatlah sendiri keliling kita sekarng. Ramai sangat telah terpengaruh sampai dah tak mampu membezakan lagi kaca atau permata.

WaAllahuAlam.

unlisted_one berkata...

Salam Azmi dan makcik,

Kita ni dah jadi mangsa sebenarnya, diaorg ni cuba nak buat macam zaman British dulu agaknya, pecah dan perintah. Bila semua kaum tak bersatu, senang la diaorg tu nak berkuasa.

Che Eduardo berkata...

Happy Merdeka to you to, my own view.. God Bless Us all..

unlisted_one berkata...

Che,
Thank you, happy merdeka to you too..