Selasa, 5 Ogos 2008

Indon oh indon

Aku betul2 bengang dengan 'maid' yang jaga opah aku tu. Dia marah sebab mak aku sound dia suruh bersihkan rumah kami tu, jangan bagi byk semut, sebab last week dia tak buang sampah tak tau berapa hari masa kami tak balik rumah. Aku bukak je pintu, bau rumah tu dah semerbak, dia dah berdengkur masa tu. Aku dengan toyenya buang aje la sampah tu, lps tu adoi,..bakul sampah tu pun ampeh, kotor. Aku cuci aje la, lps tu lap lantai lagi sebab dah bersemut. Of course la aku komplen kat mak aku, aku balik memlm kena buat semua tu. Bila mak aku sound dia psl bersihkan rumah tu, dia bengang sebab dia fikir mesti aku yang komplen. Makanya, bila aku balik kerja petang semlm (dengan penatnya), dia tengah lepak depan rumah, kawan2 seangkatan dia 2 org kat luar rumah tu tengah bersembang.
Bila nampak aku aje, dia yang tengah capai penyapu nak sapu rumput kering depan laman ni bercakap dengan kuatnya "tak payah sapu lah hari ni, bukan ade sampah pun!"(versi Indon la)..Sambil tu dengan bongkaknye dia jeling kat kawan dia tu, kawan dia tu angkat kening je, kononnya nak perli aku la tuh. Waa,..berlagak betul, kalau duduk rumah orang yang suka mendera macam Nirmala Bonat tu baru padan muka ko. Aku blah je masuk umah, pigi dah ingat aku nak layan ko.
Dia tanya aku, nak masak nasik ke? Aku cakap je la, "tak payah la, krg ko g mengadu kat kawan2 ko tu pulak, lps tu ko perli2 aku lak lagi".Dia tak puas hati, dia hempas simpan periuk nasik tu dgn ganas, berdentum.
Malam tu lps aku masak (dia tak masak utk aku, dia jaga opah aku dan makan minum opah sahaja), aku nak cuci la kuali aku tu, opah aku larang, dia kata biar org gaji dia buat, aku biar aje la. Dia bleh pasang air paip sekuat2 nya, seolah2 Dato' Khalid MB Selangor dah janji air yg dia pasang tu free 100%!! Lps tu berdentum2 pinggan mangkuk tu dia buat, protes kat aku la tuh.
Pagi tadi sebelum pegi kerja, aku panggil dia, nak bgtau dia elok2 aku balik ptg karang, tak pyh nak perli2 aku dgn kawan2 dia, sakit jiwa aku.Dengar macam dia cuci baju dalam bilik air, dia kata dia sambil mandi nih. So,aku kata ok la, tak pyh la keluar. Lps aku blah, aku dengar dia menjerit2 dalam bilik air tu, tak tau la marah aku ke hape, tapi pjg gak bebelnya tuh. Maka, malam ni aku akan buat perhitungan dengan dia, ape masalah sebenarnya, dia tak suka duduk kat rumah aku ke? Mak Teh aku tak kisah kalau nak amik dia dgn opah aku. Opah aku pun tak kisah g umah Mak Teh. Indon ni yg cakap tak best kat umah mak teh aku. Aku pelik la Indon ni, memang suka cari gaduh dengan orang Malaysia ke?Aku rasa aku lyn dia baik je, dia tak selera nak mkn sebab takde cili padi pun aku beria2 usahakan. Cuma, dia tak suka aku tegur2 dia kalau ade yg tak betul. Ler, dia nak aku biar aje ke? Bukan aku maki2 dia cakap bodoh ke ape, aku cukup jaga perkataan aku, sebab aku takut dia katuk opah aku time aku g keje.
Kalau perhati, media Indon pun sama mcm rakyat dia jugak, ade aje Malaysia silap sikit, dihentamnya habis-habisan. Tapi, silap rakyat dia, dia tak nampak lak ye?
Aku tak kira, malam ni aku nak kaunseling dia, kalau tak jalan jugak, that's it, aku suruh Mak Teh aku amik.

3 ulasan:

Che Eduardo berkata...

Saudara/saudari,

Harap beri sokongan. Satu usaha murni untuk selamatkan maruah negara dari medapat malu di cyberspace. Khabarkan kepada yang lain. Ini bukan gimik politik. Sila rujuk ke blog Che.

Ikhlas,
Che

melayuangkat berkata...

Salam Anak ku,

Hati hati dengan Indon maids. Mak Cik dah ada lebih kurang 30 Indon maids sejak anak Mak Cik yang bongsu lahir 24 tahun yang lalu. Masa itu mereka mula mula masuk ke Malaysia dan tak ramai pun.

Jadi macam macam kerenah. Ada yang gila, ada yang termengandong, ada yang mencuri macam macam. Tapi ada juga yang amat baik sekali, warak, pandai masak dan jujur.

Ini semua nasib, tapi awas..kawan Mak Cik kena sihir dengan maid Indon dia. Jadi hati hatilah. Kalau yang suka menjerit itu takut dia sakit jiwa atau mental.

Kalau suka menjerit lagi tak habis habis baik ada sesiapa selain dari nenek awak seorang dengan dia bila awak ke pejabat.
Takut dicekiknya pulak orang tua tu bila dia naik angin nanti dan tak dapat kawal dirinya.

Kebanyakan mereka 'short fuse' sikit. Tambah lagi kalau ada tukang cucuk dan mengajar dari orang dia sendiri. Habislah.

Bukan apa, kita beringat sahaja. Jangan fikir apa yang kita baca di surat khabar dan dengar di tv itu tidak boleh berlaku pada kita.

Nasihat Mak Cik hati hatilah..

taipingmali berkata...

bibik indon ni ada yang baik dan sebaliknya pun ramai. Nasib baik dapat bibik yang bagus.

Kalau kita berpeluang melawat keluarga mereka barulah kita tahu siapa mereka.

Kita harap agen saja. Agen pun bukan pergi check latarbelakang mereka di kampung.

Ada sahabat aku maid dia asyikk batuk. Batuk yang merisaukan, dia pun bawa jumpa doktor, alahai mak opah ooi,,,,,dia ada batuk kering atau TB.. naya satu keluarga, dan beberapa bulan masak makan untuk anak-anak dia,