Jumaat, 18 Julai 2008

Peng'kasi'an itu berdosa atau tidak?




2 orang housemate aku bertengkar baru2 ni, isu yang digaduhkan mungkin kedengaran lucu pada sesetengah orang. Tak, diaorg tak gaduh pasal betul atau tak Anwar Ibrahim tu meliwat org, diaorg jugak tak berbalah tentang patut atau tak kerajaan menaikkan harga minyak dan semestinya mereka tak berselisih sebab mempertahankan pendapat mereka si Saiful tu jambu atau tak...
Mereka baru membela seekor kucing jantan, comel sangat..kucing bertuah ni dikutip di tepi jalan dan diberi nama 'Patrick' (sempena Patrick Starfish dalam Spongebob) Tapi, rumah kami tu rumah pangsa, jadi mereka tak nak lepaskan kucing tu keluar rumah, sebab anak2 jiran suka main basikal di depan rumah tu (tingkat 4 pun bleh main basikal, tak bleh blah betul). Housemate aku ni takut la kucing ni menjadi mangsa buli atau mangsa 'rempit' anak2 jiran ni. Tapi, kalau kucing jantan yang sedang meningkat remaja ni dikurung aje dalam rumah, boleh sakit jiwa dia nanti. Maklum lah, kucing jantan ni suka merantau cari kucing betina, nanti dia tertekan kalau dikurung aje.
Maka, salah seorang dari housemate aku (si A) mengambil keputusan untuk 'kasi'si Patrick. Diantara kebaikkannya kucing ni akan lebih sihat dan tak suka pegi jauh dari rumah. Padanya, jika sebab kucing tersebut di'kasi' adalah munasabah dan untuk kebaikkan, takpe. Lagipun dapat mengurangkan anak2 kucing terbiar hasil aktiviti si 'Patrick' ni.
Tapi, housemate aku si B membantah, katanya berdosa kerana melanggar fitrah yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Lagi pun, kita seolah2 mengambil hak kucing tersebut. Sehingga ke hari ni, diaorg masih belum dapat kata sepakat tentang masa depan 'Patrick'.
Pada aku sendiri, memang dari segi perubatan kucing, mereka menggalakkan kucing di'kasi' sebab boleh mengurangkan anak2 kucing terbiar serta menjadikan kucing tersebut lebih sihat. Aku tak nafikan ini, sebab kucing aku dulu sakit teruk dan mengikut kata doktor, faktor utamanya ialah dia suka 'merambang' pada waktu mudanya. Jadi dia dapat infection (dah macam AIDS pulak). Tapi dari segi agama aku tak begitu pasti, mengikut kata si B dia dah rujuk pada Jabatan Agama, menurut seorang ustaz di sana, meng'kasi' kucing adalah berdosa sekiranya tanpa sebab. Tapi, aku tak pasti samada sebab yang diberikan si A dibolehkan untuk meng'kasi' kucing. Si B memberi contoh sekiranya seorang lelaki tiba2 di'kasi' tanpa sebab, bukankah kita rasa itu zalim..erk,..nape contoh kan orang lak ni? terkedu aku, tapi terdetik di dalam hati aku, iye itu zalim..tapi kalau lelaki tersebut2 berterus-terusan melakukan dosa yang sama, adakah meng'kasi'nya itu zalim? Aku betul2 tak tau. Kita manusia dikurniakan akal, berbeza dengan kucing. Takpe la, biar la diaorg settle kan masalah 'anak angkat' diaorg tu, tapi aku masih2 tertanya2, berdosa atau tidak kita meng'kasi' kucing?

8 ulasan:

melayuangkat berkata...

Assalamualaikum,

Eloklah tanya pihak berwajib akan isu ini. Call lah JAKIM minta pengesahan.

Bagi Mak Cik, kucing Jantan Mak Cik tak pernah kasikan. Tapi yang betina Mak Cik bagi peluang bunting dan beranak sebelum dikasi.

Itu pun Mak Cik minta vet tidak buang ovarinya, jadi dia boleh mengawan, hanya tak bunting.

WaAllahuALam.

unlisted_one berkata...

Waalaikumusalam makcik,

Oh, kucing betina kita boleh kasi bagi tak boleh bunting tapi still boleh mengawan,..kalau gitu still ok rasanya. Cuma yang jantan ni ha, dulu saya tak kasi sebab dia jantan, mcm no point pulak. Tu la kawan saya berdua tu la ni tak settle2 lagi.

Che Eduardo berkata...

Sebenarnya dari pengalaman saya, mengkasi itu bukanlah teruk sangat; sebab binatang peliharaan khususnya yang jantan itu kureng sikit dia punya mengganas itu..

Tapi tak tahulah dengan kucing; saya try dengan puppy sahaja. Tapi hukum agama I no commentlah; sebab pendirian I kita kena bertanggungjawab sikitlah dengan hal binatang ini; nanti stray banyak pun menyusahkan orang juga..

cheguman berkata...

pdSaya dah confuse dgn istilah ni. Saya rasa 'kasi' bukan menghalang hubungan jantan-betina. Cuma proses memandulkan je. Dlm kamus Dewan dinyatakan 'kasi' sama dgn 'kembiri' iaitu menghilangkan kejantanan. Tak pulak dibagi contoh ayat yang lebih jelas. Entah lah. Kalau susah2 sgt, bila kucing tu beranak nanti, kasi je kat jiran. Kalau jenis gebu, contact saya. Wife saya mesti nak.

unlisted_one berkata...

To Che eduardo & cheguman,

Thanks for the comments. Memang 'kasi' atau 'kembiri' ni banyak 'pro' dan 'kontra'. Kalau dari segi agama, so far baru tanya pada sorang ustaz aje, tak tau la kalau ahli agama lain ade pendapat lain. So, kawan2 saya tu kena la keep on asking sampai diaorg puas hati.

man_helang berkata...

erm...

nampaknya kedua2 kwn ko ade point...erm...argh..pening kau nak pk kan...ha...takpun ko carik la 'room mate' utk dia, so dia tak la 'merambang' kat luar nanti...cantek tak ide aku???CANTEEEKKKK!!!

Letting the time pass me by berkata...

Buatla vesektomi kat kucing tu... Bab-bab "subjektif" nie memang susah nak perjelaskan.. kalau jumpa ustaz pun mungkin akan terdapat perbezaan pendapat, tetapi mungkin tidak sekritikal isu-isu lain...

Tapi kucing "kasi: nie memang besar-besar... Sihat ..

unlisted_one berkata...

Salam,
Pada man helang, kalau aku bg dia 'room mate' lps aku 'kasi' kan dia,dia pun tak heran sgt dah, tapi kalau aku bg room mate tanpa 'kasi' dia dulu, jadi pusat penternakan kucing la umah kitaorg tu..iee,..dia punya bau aku tak leh byg dah.

Pada letting the time pass me by, itu la dilemma sekrg nih, kalau tanya ahli agama pun mungkin ade pendapat lain2 jgk, tapi aku paling suka part kucing yg di kasi ni jadi gebu2..hehehe,..mcm kucing kacukan lak kekadg tu.