Ahad, 4 Oktober 2009

contest wansteddy: love teddy bear.

Contest lagi?..Iye, kali ni contest teddy bear di http://mummynaliya.blogspot.com/.
Sangat senang untuk disertai, pilih gambar dan jawab soalan yang diberikan. Yay!


Adakah anda meminati teddy bear? Berikan jawapan ya atau tidak
YA!!


Ceritakan kenapa anda sukakan gambar tersebut?
Gambar anak saya semasa dia baru pandai duduk. Dia suka sangat kalau duduk bersandarkan teddy bear saya tu. Teddy bear tu pun hampir sama besar dengan dia. Teddy bear itu pun ada sejarahnya sendiri, itu merupakan teddy bear terbesar dalam simpanan emaknya. Susah payah kumpul duit nak beli masa zaman sekolah dulu, nak tunggu orang hadiahkan,.hemm,..memang takde la. Saya sukakan gambar ini sebab lambang 'kegigihan' saya semasa sekolah dapat digunakan balik oleh anak saya sekarang. Satu lagi sebab ialah, gambar ini mengingatkan saya supaya jangan cuai, sebab sebaik saja lepas saya sibuk mengambil gambar dia, dia nak tergolek dah dari tempat duduk dia tu, nasib la sempat sambut.

Tiada ulasan: